Jumaat, 18 April 2014

Kelebihan Minum Susu..

Assalamualaikum wrh..

Wahh..tetibe plak mud ae ni nk kongsikan kelebihan minum susu..
Okeh.. Citenye mcm ni, semalam En.Tunang dah start membebel2 kat aku.. "Air kosong xnk minum, Susu xnk minum.. Macam mane nk sht, Tulang nk kuat.. Kite ni mkin lame makin tua"..(Arghhh sudah.. Terasa aku, tepat dan padat die ceramah aku, nk xnk dgr je r..he3..)
En. Tunang ni selalu minum susu, klu kite org dating je, msti beli air susu..
Nak loyer plak tekak aku tgk die minum, susu plain plak 2..
So bila dah timbul kesedaran dalam diri maka jam2 tu jgak r aku melangkah kaki ke "KELUARGAKU" cari susu.. kihkihkih..

 
  So ini r susu yang aku dapat kat keluargaku tadi.. Bnyk kn??
En.tunang minum susu plain, klu xde susu HL ni, die minum Dutch lady.. Janji susu..
Oleh kerana aku ni x suke susu putih, so terpakse r jadi budak2.. 
Selamat ade susu perisa coklat.. dgn pantas r mak jemah amek.. kihkihkih... 
 Marigold HL susu rendah lemak.. Diperkaya 9 jenis vitamin..
Biar betik??? En.tunang minum susu ni.. susu ni kaya folic asid kot.. kahkahkah.. 
Bese pempuan je nk kn folic asid ni... :-)

 Susu Tepung Anlene Chocolate dari umur 19-50 thn..

 Ni susu tepung Fernleaf calciYum kanak2..
(dah tau kanak2 yg beli knp??, kn gatal namenye 2..:-p)

      10 kelebihan minum susu (copy paste En.Google)
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti.
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya.
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal.
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat.
  • Boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga.
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
**************************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan