Selasa, 22 April 2014

Kelebihan Dan Khasiat Madu Lebah

Assalamualaikum wrh..

Alhamdulillah... Hari ni aku nk kongsikan lagi 1 khasiat yang bek untuk tubuh badan kita..
Al maklum r Majlis Resepsi perkahwinan aku semakin hampir, so aku amek inisiatif tok kekal awet muda..
Sebelum2 ni mmg xde kesedaran tok menjaga kesihatan.. Sejak2 akhir ni, baru r timbul kesedaran, so automatik semangat 2 dtg.. kihkihkih..
Hari ni pagi2 lagi, masuk keje aku dh mencari madu lebah.. Murah jerk, 1 botol Rm10.00..
Kebetulan kat pasar ae ni ade pakcik 2 jual.. Mengikut kata Office mate aku, madu die ok, original gitu.. hehehe..

(Copy Paste En. Google)

Mane yg dah bukak tu, tu r aku punye..  Semangat gler pagi2 dah minum sesudu madu dgn air suam..
Yg lagi 2 botol tu, pinjam jerk dari kak arni.. kihkihkih.
Okeh... Jom layan ape khasiat yg ada pada madu lebah ni..

      KHASIAT MADU LEBAH
  • Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah. Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman 
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
     
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
  • Membersih dan menambah darah.

  • Menguatkan badan wanita mengandung. 
  • Mengelak cacing perosak dalam perut.

  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menambah kelazatan makanan.

  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid bagi wanita.
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman. Ia kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam..
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar. Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan.
  • Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.  
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

    ****************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan