Jumaat, 24 Mei 2013

Himpunan kata-kata hikmah kekuatan diri


Assalamualaikum wrh..
Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah Azza wa jalla..
Setiap yang hidup pasti ada dugaan yang berbeza..
Kita sebagai hambaNya kita kena kuat menghadapi segala ujian yg diberikan..
Allah itu Maha Mengetahui..
Dia tidak akan menguji umat-umatnya melebihi dari kemampuan kita..
Ya Allah.. Sesungguhnya tiada yang terbaik selain DariMu Ya Allah..


Selepas membaca buku motivasi n mutiara kata ni,
aku semakin matang dalam menghadapi segala pahit getir masalah yang aku lalui..
dan semakin cekal dan tabah..
Aku mampu berdoa agar ada jalan yg terbaik dan ada jln penyelesaian..

S0 dkt sini aku ade himpunkan sedikit secara ringkas buat semua yg bergelar wanita..
Semoga kita jadikan motivasi dlm harian hidup kita..
InsyaAllah dan mudah-mudahan Allah akan makbulkan doa kita..
Jangan lah sesekali kita berputus asa..

Setiap dugaan pasti ada hikmahNya..
Senyum..Senyum..Senyum..Dan terus tersenyum..
Kerana senyum itu akan tertutup segala masalah dan ujian yg kita hadapi..
Jadilah wanita yang paling bahagia di Dunia mahupun di Akhirat Kelak..
InsyaAllah..

koleksi 1
Dunia selalu berputar dari hari terus berganti.
Keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya.
Allah s.w.t Yang Maha Penyayang juga
sentiasa mengawasi keadaan hamba-hamba-Nya setiap saat..
Maka kenapa bersedih??

koleksi 2
Wanita diciptakan dari tulang-tulang rusuk adam.
Bukan dari kakinya untuk dipijak,
Bukan dari kepalanya untuk ditinggikan
Akan tetapi dari sisinya untuk bersama dengannya,
Dibawah lengannya untuk dilindunginya,
dan disebelah hatinya untuk dicintai olehnya..

koleksi 3
Hidup adalah belajar,
Belajar merendah hingga tak ada yg merendahkan mu..
Belajar mengalah hingga tak ada yg mengalahkan mu..

koleksi 4
Jangan hanya satu kesalahan,
Kita membenci seseorang itu habis-habisan
Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya,
Orang yg kamu benci itu sedang memikirkan 20 kebaikan kamu
Lalu die berdoa kebaikan buatmu..

koleksi 5
Luka yg dalam adalah luka yg x terlihat oleh mata,
Kesedihan yg dalam adalah kesedihan yg x mampu diucap oleh kata-kata.

koleksi 6
Ya Allah.. Kau kurniakanlah kami lelaku yg soleh,
Pemuda yg bertakwa,
Pemimpin yg adil, mujahid agamaMu,
agar mereka boleh membawa kami semua ke JannahMu..

koleksi 7
Belajar ikhlas dan redha dalam mengharungi setiap ujian, cuba mencari bahagia walaupun berduka...
Kerana kita tau cintaNya ada bersama ujian yang kita lalui..

koleksi 8
JANGAN SEDIH...
Selagi kita masih bernafas,
selagi itulah kita masih ada harapan, ruang dan peluang
untuk membetulkan keadaan..
Yang penting sekali jgn mudah putus asa dgn kasih syg dan rahmat ALLAH..

koleksi 9
Hari ini akan jadi lebih indah
jika kita mengawalnya dengan doa dan senyuma..:-)

koleksi 10
Hari esok akan menghapus semua mimpi buruk,
mengusir semua kesedihan dan mengantikannya
dengan canda dan tawa.
Allah akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan.

koleksi 11
Jangan kecewe bila kita terpaksa melepaskan org yg kita sayang,
mungkin sudah Allah tetapkan jodoh yg terbaik dari sebelumnya..

koleksi 12
Jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka,
tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.

Emm 2 je r kesimpulan yang aku dapat kumpulkan dkt sini..
Kalau k0rang nak tau lebih detail, blh r beli dan baca buku ni..
hehehe..ingat pesanan aku tau..
Senyum.. Senyum..Senyum dan terus Tersenyum...

Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput??
kecemasan dapat diperbaiki kesalahan??
jadi, apa guna bersedih???

ok jgn sedih2..aku nk beli baju raya kejap kat Tangkak...
hehehe..bye2..
sayang k0rang..
muah..muah..muah..


******************************************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan